PruBSN Asas

Perlindungan Bagi MANFAAT Semua

JAMINAN KEWANGAN KETIKA ANDA MEMERLUKANNYA
Setiap orang pasti akan melalui perkara-perkara yang tidak diduga di dalam hidupnya. Oleh itu, kita patut membuat persediaan yang sewajarnya agar kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membantu kita menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan sumbangan bulanan yang minimum, PruBSN Asas memastikan anda dilindungi dari menghadapi kesusahan seperti Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) sekiranya berlaku kemalangan. Pelan ini akan juga membantu waris anda meneruskan kehidupan sekiranya anda meninggal dunia.

Apakah PruBSN Asas?
PruBSN Asas adalah pelan sumbangan tetap yang direka untuk perlindungan di mana sumbangan peserta (selepas ditolak caj Wakalah) akan digunakan untuk melindungi peserta dari aspek kewangan sekiranya
peserta meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).
 
Bagaimanakah Pelan PruBSN Asas Dapat Memanfaatkan Anda?
Untuk Perlindungan Anda
Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang anda perlukan mengikut keperluan dan kemampuan anda.
Kadar Sumbangan
Kadar sumbangan adalah berbeza berdasarkan pelan yang dipilih:
 



Jumlah Perlindungan
Jumlah perlindungan untuk manfaat asas anda adalah berdasarkan tempoh Takaful pilihan anda1.

Perlindungan Asas
Kematian: Jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam Akaun Khas Individu (ISA - adalah akaun di mana sumbangan diperuntukkan.) akan dibayar sekiranya berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri pada tahun pertama sijil, manfaat kematian
tidak akan dibayar, namun nilai baki di dalam ISA akan dikembalikan. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD): Jumlah perlindungan akan dibayar jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh sekiranya belum
mencapai usia 60 tahun. Nilai ISA akan kekal di dalam akaun anda. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh tidak akan dibayar sekiranya, ia disebabkan oleh:
  • percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa waras atau tidak waras.
  • penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) selain drp sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa        penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.
Bagi peserta kanak-kanak, sekiranya berlaku kematian atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh sebelum berusia 5 tahun, kadar Jumlah Dilindungi yang akan dibayar adalah seperti berikut.

Siapakah yang layak mengambil PruBSN Asas?
Sesiapa yang berusia di antara 19 hingga 55 tahun boleh mengambil pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berusia di bawah 19 tahun.